RSS
Facebook
Twitter

Wednesday, 7 January 2015

9 Jenis Anak Syaitan


UMAR AL-KHATTAB berkata ada 9 JENIS KUMPULAN ANAK SYAITAN.

1. ZAITUUN - Duduk di pasar/kedai mengoda manusia supaya berbelanja lebih dan membeli barangan tidak perlu dan sifat jimat cermat.

2. WATHIIN - Pergi kepada orang yang dapat musibbah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT. 

3. A'AWAN - Mengasut Raja/Sultan/Pemerintag supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan, kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. HAFFAH - Berkawan baik dengan peminum arak. Suka menghampiri orang yang berada di tempat maksiat (disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras.

5. MURRAH - Merosak dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan dunia glamour.

6. MASAUD - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gossip, mengumpat akan apa saja penyakit yang mula dari kata-kata mulut manusia.

7. DASSIM - Duduk di pintu rumah kita Jika tidak memberi salam ketika masuk ke dalam rumah, ianya akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami/isteri bercerai), suami bertindak ganas memukul isteri, isteri hilang pertimbangan penuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai kemusnahan rumahtangga.

8. WALAHAAN - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudud, solat dan menjejas ibadat-ibadat lain.

9. LAKHUUS - Merupakan sahabat baik orang Majusi yang menyembah Api/Matahari. 

Akhir sekai IBLIS - Bapa syaitan yang sentiasa ada mengoda manusia membuat jahat dan maksiat kepada Allah SWT. Oleh itu berwaspada dengan akhlak kepada Allah; akhlak dirisendiri; akhlak sesama manusia dan akhlak dengan makhluk Allah yang lain. Al Quran adalah panduan dan akhlak Nabi Muhammad SAW. Ikuti ajarannya dan perintah Allah. Al Mulk. Wallahu Wa'alam. Amiin Yarabbal Alamiin. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Blogger news

  • Blogroll

  • About